UFO : Tentera Dari Langit

 
PADA Oktober lalu, penduduk Tanjung Sepat gempar kerana menyaksikan objek UFO. Kejadian terlihatnya cahaya yang berlegar di ruang udara atau UFO atau piring terbang bukan sesuatu yang baru kerana banyak kes yang berkaitan dengan UFO telah terjadi di negara ini.
Sebelas tahun dahulu sekitar 1984 telah dilaporkan suatu objek terbang yang tidak dikenali dikawasan Hulu Langat. Pada 1987 di Mentakab, Pahang objek piring terbang yang dikatakan sebesar sebuah kereta dikatakan telah telah dilihat oleh sekumpulan guru dan murid.
 penduduk Tanjung Sepat gempar kerana menyaksikan objek UFO UFO : Tentera Dari Langit Benarkah makhluk-makhluk UFO bakal menakluki bumi?
Pada 1991 di Pontian beberapa orang pemain kompang cuba mendekati piring terbang yang dikatakan telab mendarat, tetapi piring terbang itu terbang apabila dihampiri. The Malay Mail bertarikh 21 dan 24 April 1993 telan memuatkan berita mengenai terlihatnya UFO di kawasan Bangsar dan Ampang.
Allahyarham Amaluddin Darus dalam bukunya "Pelawat Dari Angkasa" menceritakan kejadian yang berlaku ke atas seorang pelajar yang ditembak oleh makhluk kenit yang datang menaiki piring terbang sebesar dulang. Kejadian itu berlaku di Tronoh, Perak pada 1974.
Allahyarham Amaluddin Darus juga mencatatkan satu kejadian membabitkan seorang lelaki yang dikatakan terlihat objek UFO di langit di Petaling Jaya pada tahun 1950an.
Kejadian melihat UFO bukanlah suatu fenomena baru di Malaysia. Buku "Greatest UFO Mysteries" terbitan Orbis Publications menyenaraikan kejadian kes-kes UFO yang terkenal telah mencatatkan satu kejadian di Kelang di mana dua buah piring terbang telah menghalakan sejenis pancaran ke sebuab kilang yang mengakibatkan kebakaran.
Kes pertama UFO direkodkan terjadi ke atas Kenneth Arnold, bekas tentera udara Amerika Syarikat. Semasa memandu pesawat ringan di Pergunungan Raineer dia terserempak dengan sebuah objek berkilat. Laporan yang dibuat ekoran kejadian itu merupakan penemuan yang penting dalam kajian UFOlogy.
Satu kes yang paling penting dalam kajian UFO ialah misteri UFO terhempas di Roswell, New Mexico sehinggakan Pegawai Pemerintah Penempatan Tentera di Roswell ketika itu mengarahkan pegawainya mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyebut tentang sebuah kapal angkasa makhluk telah terhempas.
Siapakah makhluk-makhluk asing ini? Dari manakah mereka datang? Apakab tujuan mereka ke mari? Ianya masib menjadi misteri yang tidak terjawab.
Dalam tahun 1992 adalah dikatakan 10,000 kes UFO dilaporkan di selurub dunia. Apakah benar ke datangan mereka itu untuk menakluki bumi Seperti yang digambarkan dalam cerita-cerita Hollywood?
Erich Von Daniken dalam bukunya "Chariots of The Gods?" berpendapat makhluk-makhluk asing ini sebenarnya telah melawat bumi sejak zaman purba lagi. Beliau memberi contoh hasil lukisan-lukisan yang terentang di Padang Pasir Nazca, Peru.
Von Daniken berpendapat lukisan itu terhasil dengan bantuan makhluk asing menunjukkan tempat pendaratan kapal-kapal angkasa mereka. Penulis itu juga berpendapat manusia-manusia banyak mengetahui dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan daripada makhluk asing.
Atas sebab itulah sesetengah tamaddun awal manusia mempunyal ciptaan-ciptaan yang aneh dan begitu menakjubkan sekali.
Misalnya bateri purbakala yang masih tersimpan di Muzium Iraq merupakan satu ciptaan yang sudah tentu dibantu oleh tangan-tangan luar.
Begitu juga pembuatan kristal dan ilmu-ilmu matematik orang Assyria. Von Daniken herkata ciptaan-ciptaan itu menunjukkan adanya manusia dari planet lain yang melakukan pemindahan teknologi.
Namun terdapat satu lagi pandangan Erich Von Daniken yang begitu ekstrim dan amat terpesong jauh. Bagi Erich "Tuhan" adalah para pelawat atau angkasawan dari angkasa lepas yang memberi pengajaran dan ilmu pengetahuan kepada penduduk bumi. Sebab itu di dalam salah satu bab di dalam buku tulisannya "Chariots Of The Gods? beliau mengemukakan satu persoalan "Adakah Tuhan Angkasawan?" Namun pendapat sebegini tidaklah menghairankan lantaran dia seorang atheis.
Persoalan ini sengaja ditimbulkan oleh Erich kerana dia berpendapat sekiranya para angkasawan dari bumi mendarat di sebuah planet yang dihuni oleh makhluk yang menyerupal manusia primitif dan hidup seperti manusia zaman batu maka sudab tentu makhluk-makhiuk primitif itu tadi akan mempelajari banyak perkara yang diajar oleh para angkasawan dari bumi dan tidak mustahil menyembah para angkasawan berkenaan.
Menurut Erich keadaan inilah yang telah dilalui oleh manusia purbakala apabila berhadapan dengan "angkasawan" yang telah turun ke bumi ketika bumi masih berada dalam zaman pra-sejarab. Maka apabila manusia di bumi berhadapan dengan satu "keajaiban" seperti melihat kenderaan dan segala macam bentuk ciptaan baru lantas ia di sembah dan dianggap sebagai "Tuhan". Kenyataan ini seolan-olah menghipotesiskan bahawa keadaan ini adalan titik permulam manusia percaya kepada wujudnya Thhan.
Bagaimana pula dengan cerita-cerita Hollywood yang selalu menggambarkan manusia dari langit adalah penakluk bumi yang amat merbahaya. Banyak cerita-cerita bikinan mereka yang berkait rapat dengan makkluk asing amat menjurus kepada penaklukan bumi. Misalnya cerita "V" dan "War Of The Worlds" yang pernah disiarkan di kaca tv tidak berapa lama dulu. Semuanya menggambarkan berlakunya penaklukan.
Namun tidak kurang juga cerita-cerita yang memperlihatkan manusia boleh bekerjasama dengan makhluk-makhluk asing seperti dalam cerita "Close Encounters of The Third Kind", "ET" dan juga "Alien Nation".
Adalah sesuatu yang menarik juga apabila membicarakan filem yang berkait rapat dengan makhluk asing yang menakluki bumi mahupun yang berkaitan dengan kerjasama makhluk asing dengan manusia bumi. Ini kerana khayalan-khayalan manusia hari mi adalah suatu spekulasi yang mungkin menjadi realiti di masa hadapan.
Menyentuh mengenai penaklukan bumi oleh makhluk-makhluk asing atau manusia-manusia dari mana-mana planet di angkasa lepas, ide-ide yang pernah diutarakan oleh Allahyarham Amalluddin Darus juga sesuatu yang menarik untuk dibincangkan.
Amaluddin Darus dalam tulisan-tulisannya samada berbentuk buku ataupun rencana banyak menyentuh peristiwa turunnya Nabi Isa atan Isa putera Maryam buat kali kedua (second coming).
Daripada hadis-hadis, Nabi Isa akan mengembalikan kedamalan di mukabumi, memusnahkan segala kepalsuan dan menegakkan segalakebenaran. Isa putera Maryam akan beperang menentang Dajjal. Dajjal adalah sekumpulan manusia bumi yang melakukan kerosakan dan kejahatan dan yang bercita-cita besar untuk menjadikan golongan atan negara yang lemah "jajahan" mereka tidak kira samada jajahan dalam bentuk fizikal maupun mental.
Keadaan inilah yang dikatakan suatu kerosakan yang benar-benar melanda masyarakat bumi. Ia tidak dapat diselamaikan oleh sesiapapun melainkan sesuatu yang hebat. Kisah yang diilhamkan oleh sesetengah fliem-filem Hollywood mengenai penaklukan bumi oleb manusia dari planet lain mungkin akan menjadi suatu realiti.
Sebaliknya bumi tidak ditakluki oleb maknluk-makhluk yang wajahnya menggerunkan tetapi oleh manusia-manusia dari planet-planet lain yang diketuai oleh Isa putera Maryam.
Amaluddin Darus di dalam bukunya "Pintu Langit Mula Dibuka" dan "Isra' Miraj dan Percubaan Manusia Ke Langit" yang membuat "hipotesis" berdasarkan al-Quran dan hadis-hadis Isra' dan Miraj, telah menyatakan bahawa lsa Putera Maryam kini berada di Jupiter, sebuah planet di dalam sistem solar.
Dalam pada itu Nostradamus seorang ahli nujum yang hidup pada abad ke 16 telah banyak meramalkan kejadian-kejadian yang kini telab terjadi. Nostradamus yang bidup pada abad ke 16 telah meramalkan kebangkitan Hitler, pembunuban Jobn F. Keneddy, Revolusi Islam Iran dan banyak lagi.
Salah satu ramalan yang dibuat oleh Nostradamus ialah:
The present time together with the past
Will be judged by the great man of Jupiter
Kita dapat melihat betapa apa yang dihipotesiskan oleb Arnaluddin Darus mengenai kedatangan semula Isa putera Maryam, secara kebetulan bersamaan dengan apa yang telab diramalkan oleh Nostradamus. Amaluddin Darus telab memberikan pandangannya berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadis dan hasilnya beliau berpendapat Isa kini di Jupiter. Manakala Nostradamus dengan kepandaiannya meramal juga telah meramalkan mengenal datangnya seorang yang agung dari planet Jupiter.
Amaluddin Darus juga memberi pandangan kehadiran Isa putera Maryam sudah tentu tidak berseorangan. Dia akan datang dengan suatu bala tentera bagi mengatasi Dajjal yang bongkak dan sombong. Sebelum Isa putera Maryam turun ke bumi bagi memerangi segala kejahatan maka sudah tentu mengirim tentera-tentera peninjau bagi menilai kemampuan manusia di bumi.
Mungkinkah UFO atau piring terbang yang sering dapat dilihat oleh segelintir manusia itu bala Nabi Isa, Allah sahaja yang mengetahui.
Sudah tentu bala tentera Isa putera Maryam mempunyai kecanggihan yang tiada tolok bandingnya. Tidak hairan dalam sesetengah kejadian UFO tidak dapat dikesan oleh radar pihak tentera ataupun setelit yang ada.
UFO sesuatu yang sukar hendak dibuktikan kewujudannya namun kehadirannya tidak dapat ditolak lagi. Kita sedang berhadapan dengan zaman di mana akan terjadi apa yang kita panggil interplanetry iaitu satu zaman yang mengizinkan kita mengadakan perhubungan dengan manusia di planet-planet yang lain selain dari bumi.
Rencana oleh Muzzafar Zabidin ini tersiar dalam akhbar Mingguan Editor
bertarikh 15 Disember 1995/1 Januari 1996
 
                                                          

Previous
Next Post »