Cerita Misteri - BATU PUAKA


 


Assalamualaikum. Ini ada satu cerita yang mesti aku paparkan iaitu Batu Berpuaka.

Pada suatu hari, ayah aku membuat perancangan untuk pergi ke Pulau Langkawi memandangkan cuti sekolah sudah bermula. [cerita ini berlaku pada Mei1995] Ayah aku pun mengajak emak bapak dia pergi sama. Kami pun sampai bla...bla...

Hari 4 kami bercadang untuk ke Telaga Tujoh. Ketika kami sampai di sana, kami kena panjat/daki bukit [entah ler aku pun tak tahu]. Sampai di pertengahan jalan, datuk ku pening dan apabila pandang belakang jauh sangat dan minta turun balik. Kami ambil keputusan untuk berehat sebentar. Ketika sedang berehat kami ternampak batu cantik berwarna biru muda dekat tempat letak kereta [sekarang ada/tidak aku tak tau].

Kami ambil lebih kurang 11 batu itu untuk dibuat alat hiasan rumah dan pokok bunga. Hari sudah tengahari dan ayah mahu pulang. Malam tu..datuk aku menyimpan batu itu di dalam almari berdekatan dengan tempat tidur dia. Dia pun bermimpi...suatu hari tu. Dia menebas pokok pisang di belakang rumah tiba-tiba namanya dipanggil 'Bakar,Bakar' (bukan nama sebenar) seperti suara seorang perempuan [nak tahu tengok filem dupa cendana macammana namanya dipanggil 'dupa,dupa' begitulah lebih kurangnya]. Dia pun mendekati suara itu. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat seorang puteri tersenyum sambil melambai-lambai tangan ke arahnya dengan bauan yang amat wangi serta terapung-apung di udara [pokok jambu]. Dia tersedar dan menjerit [seperti histeria tapi tak lah sangat].

Dia mengamuk da dia menyuruh aku dan nenek pergi tengok di luar. Alangkah terkejutnya aku seorang puteri duduk di dahan itu sambil tersenyum kearah aku. Kemudian nenek mengambil payung yang berdekatan dengan aku tetapi aku menghalang nenek berbuat demikian kerana khuatir itu manusia nenek berkata itu bukan manusia tetapi makhluk ghaib. Aku memegang parang kayu dan nenek mengambil payung sambil menjolok-jolok ke arah puteri itu. Nenek aku ni memang pantang jumpa makhluk ghaib kerana dia mempunyai ilmu kekuatan. Dia bertempur dengan nenek entah berapa minit entah. Aku rasa ada 'can' kalau aku menyerangnya dari belakang. Aku naik keatas tangga kayu hendak membunuh puteri itu dari belakang tetapi tidak kena.Dia tidak sedar bahawa aku ada di belakang dia tiba-tiba ternampaklah satu pancaran bintang-bintang turun ke tanah. Keluarga aku hanya mampu menengok melainkan datuk. Bintang-bintang itu membentuk seperti puteri itu juga, aku bilang lebih kurang 10 orang puteri masa tu. Apalagi seisi keluarga turun membawa parang, kayu dll. Tiba-tiba puteri itu menoleh ke belakang dan bergabung membentuk boleh digambarkan seperti raksasa ngeri dibuatnya. Kami cuba melawan makhluk itu setiap kali mendepangkan tangannya ke arah kami. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.Aku teringkat akan batu itu lalu aku ambil dan berikan pada datuk. Datuk segera menunjukkan batu itu ke arah makhluk itu kemudian makhluk itu keluar menjadi puteri kembali dan kemudian mengundur ke belakang.
Tiba-tiba seorang daripada mereka berkata "Kami akan kembali" Datuk membaling batu tersebut lalu mengenai mereka dan selepas itu mereka ghaib.

Keesokannya kami berjumpa dukun untuk bertanya tentang tragedi semalam. Dukun berkata batu itu tempat puteri-puteri masa kecil dahulu bermain. Tetapi meningkat dewasa mereka dituduh mencuri batu itu. Kemudian mereka dijatuhi hukuman mati. Kini mereka hendak menntut balik barang kepunyaan mereka tetapi tidak boleh kerana batu itu datuk aku dah baca doa.
Sekarang batu itu masih dalam tangan datuk ku dan keluarga ku. Kita akan saksikan kisah selanjutnya tentang puteri itu muncul kembali 3 tahun selepas itu pada masa-masa akan datang dan saya akan cerita kisah yang lain pula.